
Ini kali ketiga beliau menolak pencalonan terbabit dan membuka ruang kepada penyandang Ahmad Samsuri Mokhtar, Idris Ahmad dan Mohd Amar Abdullah menang tanpa bertanding.
“Saya tidak bertanding naib presiden, hanya akan bertanding jawatan ahli jawatankuasa (AJK) Pusat,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Semalam, FMT melaporkan sumber rapat Sanusi berkata Adun Jeneri itu mungkin tidak akan bertanding naib presiden kerana merasakan barisan kepimpinan tertinggi yang ada ketika ini telah melaksanakan tugas dengan baik.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PAS Wan Rohimi Wan Daud mengumumkan Sanusi antara calon layak bertanding jawatan naib presiden bersama tiga penyandang Samsuri, Idris Ahmad dan Mohd Amar.
Calon mendapat pencalonan mencukupi daripada perwakilan dalam mesyuarat bahagian perlu mengesahkan sama ada mereka mahu bertanding atau sebaliknya kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat sebelum jam 5 petang, semalam.
Presiden Hadi Awang dan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi calon tunggal dicalonkan ke jawatan itu.