
Zahid, yang juga presiden Umno, akui keputusan meneruskan kerjasama di sebalik terdapat desakan menggesa BN bergerak secara solo.
“Selepas itu (PRU16) kita tidak tahu kita dapat berapa (kerusi), mereka dapat berapa,” katanya lapor Berita Harian.
“Tapi ingat, di Malaysia ini lazimnya perbezaan pandangan berdasarkan warna parti adalah nostalgia. Kita sanggup lupakan warna yang berbeza demi kestabilan politik.”
BN diterajui Umno memainkan peranan penting dalam membolehkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan susulan kebuntuan seusai PRU 2022.
PH memenangi 81 kerusi Parlimen manakala BN terpaksa berpuas hati dengan 30 kerusi, prestasi terburuk BN setakat ini.