
Beliau berkata, Umno dan BN bagaimanapun telah mengenal pasti jumlah kerusi yang difikirkan sesuai untuk ditandingi, lebih banyak berbanding 14 yang dimenangi ketika PRN 2020, termasuk di kawasan DUN baharu.
Daripada 14 yang dimenangi sebelum ini, enam kerusi terlepas selepas wakil rakyatnya melompat parti.
“Saya akan umumkan berapa kerusi yang akan kita muktamadkan,” katanya.
“Yang penting kerusi-kerusi ini adalah kerusi yang boleh menang tinggi dan kita akan kerjasama dengan ‘third force’ di negeri Sabah ini untuk menentukan bahawa kerusi-kerusi itu akan memihak kepada calon-calon BN,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan acara Flag Off Skuad Sukarelawan BN Sabah di bangunan Umno Sabah di Kota Kinabalu hari ini, lapor Sinar Harian.
Sementara itu, Zahid berkata, keputusan akhir mengenai pembahagian kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) akan dimuktamadkan sepenuhnya selepas pembubaran DUN Sabah.
“Kita telah memuktamadkan perbincangan dengan PH sekurang-kurangnya supaya tidak berlaku pertindihan.
“Tetapi kita akan juga memuktamadkannya sepenuhnya apabila pembubaran itu telah rasmi dibuat,” katanya.