
Pengerusinya Zahid Hamidi berkata, pendekatan kerjasama itu selaras dengan prinsip BN untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang berpotensi dimenangi, khususnya melalui pakatan dengan rakan-rakan politik seperti Pakatan Harapan (PH) serta pihak lain yang sehaluan.
“BN-PH ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’ bermaksud kita bersedia bersama mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita bagi mengelakkan pertindihan kawasan yang mempunyai kelebihan dari segi peluang kemenangan.
“Dengan GRS, kita sudah muktamadkan (tidak bekerjasama) kerana mereka yakin mampu menang banyak, jadi mereka tidak perlukan BN,” katanya selepas Majlis Peluncuran IkonDesa di sini hari ini.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini bagi memberi laluan kepada PRN17.
Sebelum ini, Zahid yang juga presiden Umno dilaporkan berkata, BN tidak akan meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN, sebaliknya telah mengenal pasti jumlah kerusi yang difikirkan sesuai untuk ditandingi.