Polis belum kenal pasti identiti mayat budak perempuan terapung

Polis belum kenal pasti identiti mayat budak perempuan terapung

Dianggarkan mangsa berusia antara lima hingga tujuh tahun.

garisan kuning
Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh, berkata mangsa ada memakai gelang kaki mempunyai logo ‘love’ dengan tulisan ‘IV’.
PETALING JAYA:
Polis menyeru individu kehilangan anak tampil membuat laporan susulan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia antara lima hingga tujuh tahun, ditemukan terapung di Sungai Skudai, Johor.

Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh, berkata jasad mangsa ditemukan oleh seorang lelaki berumur 70 tahun, pada pagi Ahad lalu.

“Identiti kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti. Mangsa memakai gelang kaki pada kaki kiri yang mempunyai logo ‘love’ dengan tulisan ‘IV’,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca kematian mangsa.

Beliau berkata, orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.