Bayi 7 bulan meninggal dunia di taska

Bayi 7 bulan meninggal dunia di taska

Polis berkata bayi lelaki itu meninggal dunia dalam jagaan sebuah taska di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.

bayi baby
Polis berkata proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
PETALING JAYA:
Seorang bayi lelaki tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika dalam jagaan sebuah taska di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju, Syahrul Anuar Abdul Wahab, berkata kejadian dipercayai berlaku antara 9 pagi hingga 11 pagi.

Katanya, susulan kejadian bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak pada 1.26 tengah hari pada hari sama.

“Proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan daripada pihak taska serta individu berkaitan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.