Polis rakam percakapan pegawai SPRM selepas wanita dilapor hilang

Polis rakam percakapan pegawai SPRM selepas wanita dilapor hilang

Pegawai SPRM antara beberapa saksi yang dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Rusdi Mohd Isa
Menurut polis, Pamela Ling beberapa kali hadir ke pejabat SPRM untuk beri keterangan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara saksi yang dirakam percakapan dalam siasatan polis ke atas kehilangan seorang wanita dikatakan dalam perjalanan ke ibu pejabat badan anti-rasuah itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata siasatan dilancarkan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu culik, selepas menerima laporan berkaitan kehilangan wanita itu pada 9 Mei.

Katanya, polis merakam percakapan beberapa orang saksi termasuk peguam wanita itu, bagi membantu siasatan yang masih diteruskan.

“Mangsa telah beberapa kali hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan berkaitan kes yang disiasat oleh pihak SPRM,” menurut kenyataan.

Pamela Ling, 42, dalam perjalanan berjumpa pegawai SPRM untuk memberikan kenyataan berkaitan suatu siasatan pada 9 April apabila dia didakwa diculik, dakwa adiknya, Simon.

Simon berkata, keluarga mereka difahamkan bahawa kenderaan e-panggilan yang dinaiki Pamela pada hari itu dipintas oleh tiga kenderaan tidak dikenal pasti.

Ibu tiga anak itu kemudian diarahkan menaiki salah satu kenderaan itu, menurut Simon.

Simon menggesa polis untuk memperhebat usaha mereka mengejar semua petunjuk yang penting, memandangkan masa itu penting.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.