
PETALING JAYA: Beberapa negeri di pantai barat merasai gegaran susulan gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda tengah Myanmar, pada 2.21 petang tadi.
Ada saksi melaporkan gegaran dapat dirasai di Butterworth, Pulau Pinang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
MetMalaysia berkata, gempa bumi berlaku pada jarak 55km barat daya Mandalay, Myanmar, kedalaman 10km.
Agensi itu memuat naik borang kaji selidik kepada orang awam merasai gegaran berkenaan di pautan ini.
Reuters memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi itu mencapai magnitud 7.7 yang turut menjejaskan Bangkok, Thailand, dengan ratusan meninggalkan bangunan kerana panik akibat gegaran.