
Pegawai Pertahanan Awam Timur Laut, Aizat Ghani, berkata 20 penyelamat dikerah selepas orang awam melaporkan reptilia itu pada 3.30 petang.
Pasukan itu meredah laut untuk menangkap buaya itu tetapi terpaksa berundur kerana ombak bergelora.
“Kemudian, sekumpulan nelayan tempatan tampil dan membantu kami. Dengan menggunakan jaring, mereka berjaya menjerat buaya itu dan membawanya ke pantai pada kira-kira 6.10 petang,” katanya.
Operasi hampir gagal apabila buaya itu menggigit jaring dan melarikan diri, tetapi akhirnya berjaya ditundukkan.
Haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
Teluk Bahang merupakan destinasi popular di negeri ini, di samping Batu Ferringhi.