
Wisma Putra berkata video berkenaan secara mengelirukan mendakwa lapan negara telah memperkenalkan keperluan visa baharu untuk rakyat Malaysia baru-baru ini.
“Kementerian mengesahkan bahawa dakwaan ini sama sekali tidak benar,” menurut kenyataan.
“Pada masa ini, tiada perubahan dalam dasar visa yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia di negara-negara yang disebutkan.”
Wisma Putra berkata satu laporan polis dibuat mengenai isu ini, dan kementerian telah merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.
Kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat perjalanan yang tepat dan terkini.