
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas suspek menuduh budak itu mencuri ‘power bank’ milik salah seorang rakan.
“(Hasil) siasatan lanjut, polis berjaya menangkap tiga suspek lelaki berumur lingkungan 49 tahun hingga 61 tahun,” katanya dalam kenyataan.
Menurut polis, seorang ditahan di Kelantan semalam, manakala dua ditahan di Kuala Lumpur hari ini.
Polis memaklumkan kanak-kanak itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat cedera di dahi dan mulut.
Kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah kepada mangsa.
Video yang tular di media sosial memaparkan tiga lelaki menyoal mangsa yang sedang duduk di kaki lima, lalu seorang menendang mukanya.