
Mereka yang terjejas termasuk warganegara Jerman, Mexico, Argentina, Afrika Selatan, Brazil dan Paraguay.
Dalam hantaran di platform X, jabatan itu menyatakan bahawa komen yang dibuat mereka secara dalam talian menjadi alasan tindakan tersebut, sambil menyatakan mereka hanyalah antara beberapa contoh warga asing yang tidak lagi dialu-alukan di AS.
“Seorang warga Jerman meraikan kematian Kirk dan cuba mewajarkan pembunuhannya dengan menulis ‘apabila fasis mati, demokrat tidak merungut’,” kata jabatan itu sambil menambah, ‘Visa dibatalkan.’ Tiada butiran peribadi lanjut didedahkan.
“Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menerima warga asing yang mengharapkan kematian rakyat Amerika,” menurut jabatan itu, sambil menambah bahawa mereka akan terus mengenal pasti pemegang visa yang “meraikan pembunuhan kejam” terhadap Kirk.
Kirk ditembak mati dalam satu acara di sebuah universiti di negeri Utah pada 10 Sept. Kematian tokoh politik dan media konservatif yang berpengaruh itu memberi kesan besar terhadap landskap politik Amerika Syarikat.
Jabatan Negara sebelum ini memberi amaran pada September bahawa warga asing boleh berdepan pembatalan visa sekiranya mereka mewajarkan serangan itu dalam talian.