
Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh berkata, hasil semakan mendapati individu dalam video tersebut merupakan anggota yang bertugas di IPD Kluang.
Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan tatatertib ke atas anggota polis tersebut termasuk dari aspek penyeliaan.
“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mencemarkan imej pasukan,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, tular satu video menunjukkan dua anggota polis berada di dalam sebuah restoran dengan seorang daripada mereka dilihat merokok.
Video berdurasi selama tujuh saat itu mencetuskan kritikan netizen kerana perbuatan itu dianggap sebagai mencemarkan nama baik pasukan polis.