Gobind ambil alih pengerusi DAP, Guan Eng jadi penasihat

Gobind ambil alih pengerusi DAP, Guan Eng jadi penasihat

Loke Siew Fook sekali lagi diberi amanah setiausaha agung, jawatan yang paling berpengaruh dalam DAP.

gobind singh deo lim guan eng
Gobind Singh Deo (kiri) dan Lim Guan Eng berjabat tangan di hadapan pemberita seusai pemilihan DAP hari ini.
SHAH ALAM:
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo diangkat sebagai pengerusi DAP menggantikan Lim Guan Eng.

Gobind dipilih untuk jawatan tersebut oleh sidang 30 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) seusai pemilihan parti hari ini.

Gobind meraih undi terbanyak dalam persaingan untuk mendapat tempat dalam CEC.

Lim yang berjaya menangkis kempen menyingkir beliau daripada kepimpinan tertinggi parti dipilih sebagai penasihat, yang sebelum ini digalas oleh tokoh veteran, Tan Kok Wai, yang tidak bertanding kali ini.

Sementara itu, Loke Siew Fook sekali lagi diberi amanah setiausaha agung, jawatan yang paling berpengaruh dalam DAP.

Lim menjadi pengerusi DAP pada 2022 selepas menyerahkan jawatan setiausaha agung kepada Loke, selepas 17 tahun berkhidmat di kerusi tersebut.

Loke pada sidang media memaklumkan sidang CEC mengambil masa 30 minit untuk membincangkan susun atur jawatankuasa tersebut, dan saf terpilih merupakan keputusan sebulat suara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.