
Pihak pengurusan IOI Mall Damansara berkata, kebakaran pada 7.36 malam itu berjaya dipadamkan oleh bomba, dan pusat beli-belah itu ditutup kepada orang ramai selepas itu.
“IOI Mall Damansara akan meneruskan perniagaan seperti biasa esok. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan … keselamatan pelanggan tetap menjadi keutamaan kami,” katanya dalam kenyataan.
Video yang dikongsi di media sosial malam ini menunjukkan para pelanggan bergegas menyelamatkan diri, dengan penggera kebakaran didengar berbunyi.
Golden Screen Cinemas (GSC) juga berkata di Facebook, pawagamnya akan turut ditutup malam ini, dan wang akan dikembalikan kepada pelanggan yang telah membeli tiket.