
Keputusan itu dibuat selepas semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing, serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia-Pasifik.
“Usaha ini dilaksanakan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan. Syarikat juga berhasrat untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Continental, fasiliti di Kedah yang mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan dan motosikal, mempunyai seramai 950 orang pekerja.
“Keutamaan syarikat adalah menyokong pekerjanya dengan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya serta meneroka peluang pekerjaan yang berpotensi sama ada dalam Continental mahupun di luar syarikat,” katanya.
Continental juga menegaskan komitmennya terhadap pelanggan dan rakan niaga, serta berkata Malaysia akan kekal sebagai pasaran utama di rantau Asia-Pasifik.
Menurutnya, kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Dis 1979 dan sejak Mei 2012 ia menjadi anak syarikat milik penuh Continental.
Fasiliti pembuatan ini meliputi kawasan seluas kira-kira 133,000m².