
Kerjasama itu diumumkan hari ini, yang menjadi sebahagian komitmen berterusan Manulife yang meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap keputusan.
Menerusi pendekatan baharu itu, kempen dibawa ke pawagam – ruang yang sinonim dengan penceritaan, emosi dan pengalaman hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Manulife, Vibha Coburn, berkata inisiatif itu berteraskan kepercayaan bahawa setiap individu adalah pengarah kepada perjalanan hidup sendiri, membentuk masa depan melalui pilihan, impian dan detik bermakna.
Katanya, kempen itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkasa pelanggan supaya lebih yakin membuat keputusan berkaitan masa depan.
“Setiap individu membina kisah hidup masing-masing, dan peranan kami adalah untuk menyediakan perlindungan serta ketenangan minda yang diperlukan sepanjang perjalanan itu, untuk diri sendiri dan insan tersayang.

“Pawagam menawarkan suasana unik kerana ia menghimpunkan naratif yang menyentuh emosi, menghubungkan masyarakat dan menarik perhatian penonton sepenuhnya. Dengan membawa kempen ini ke layar perak, kami mahu mendekati pelanggan pada saat yang bermakna serta mengukuhkan lagi komitmen Manulife dalam melindungi pilihan kehidupan yang mereka bina,” katanya.
Kerjasama itu turut mengetengahkan kepentingan insurans hayat dengan pendekatan lebih dekat dan relevan kepada masyarakat, bukan sekadar menumpukan kepada produk.
Inisiatif itu menampilkan perlindungan sebagai pemudah cara dalam membolehkan detik penting kehidupan – sama ada mengejar cita-cita, berdepan ketidaktentuan atau membina kehidupan yang diimpikan – sekali gus memberi keyakinan kepada pelanggan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee, berkata pawagam merupakan medium semula jadi dan berkesan untuk menghidupkan mesej kempen berkenaan.
“Di GSC, kami sentiasa mentakrif semula makna hiburan untuk penonton masa kini. Dalam usaha membangunkan pengalaman hiburan yang lebih sedia untuk masa hadapan, kerjasama bersama Manulife membolehkan inovasi ini diperluas kepada pemerkasaan dalam kehidupan sebenar.
“Dengan mendekati rakyat Malaysia di mana mereka berada, kami dapat menjadikan perbincangan penting mengenai kesihatan dan keyakinan kewangan lebih mudah diakses, menarik dan relevan untuk komuniti,” katanya.
Sebagai sebahagian kolaborasi itu, kempen turut melibatkan pengambilalihan pawagam (hall takeover) di Dewan 18, GSC Mid Valley.
Penonton juga digalakkan mengikuti saluran media sosial Manulife untuk mendapatkan perkembangan terkini kempen serta peluang memenangi tiket wayang GSC.