40% polis Terengganu alami masalah BMI lebih

40% polis Terengganu alami masalah BMI lebih

Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin berkata pelbagai usaha dilakukan untuk memperbaiki keadaan itu.

polis-pdrm
Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin berkata berkuat kuasa 1 Jan, pasukan menetapkan syarat mempunyai BMI kurang daripada 28 untuk menikmati kenaikan pangkat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
PETALING JAYA:
Sebanyak 40% pegawai dan anggota polis Terengganu mungkin tidak layak naik pangkat mengambil kira indeks jisim badan (BMI) melebihi 28.

Polis Terengganu mempunyai kekuatan 3,900 keanggotaan.

Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin, berkata berkuat kuasa 1 Jan, pasukan menetapkan syarat mempunyai BMI kurang daripada 28 untuk menikmati kenaikan pangkat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Beliau berkata, kontinjen Terengganu melakukan pelbagai usaha bagi mengurangkan kadar BMI dalam kalangan pegawai dan anggota.

Katanya, antara aktiviti dilakukan antaranya riadah, berbasikal, pelbagai aktiviti sukan, berjoging, dan mendaki bukit.

“Tujuan adalah bagi memastikan warga polis Terengganu cergas selain penampilan mereka lebih menarik untuk tugasan di lapangan dan tidak menjadi kritikan warganet,” katanya menurut Berita Harian, di Kuala Berang.

Pada 15 Jan, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menegaskan syarat BMI itu adalah antara kriteria ditambah bagi memastikan proses kenaikan pangkat polis menjadi lebih ketat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.