
PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki yang mendakwa pernah menjadi mangsa seks luar tabii.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata laporan berkenaan dibuat lelaki tempatan berusia 35 tahun itu, pada 6.11 petang semalam.
“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pengadu dan kes masih dalam siasatan,” katanya memetik Bernama.
Terdahulu, media melaporkan pelakon itu membuat pendedahan menerusi platform Threads mengenai pengalaman menjadi mangsa amang seksual ketika masih bergelar pelakon kanak-kanak, yang menarik perhatian pengguna media sosial itu.