Lelaki warga emas ditemui mati dalam longkang di Melaka

Lelaki warga emas ditemui mati dalam longkang di Melaka

Polis berkata mangsa yang berusia 64 tahun itu dipercayai maut selepas terjatuh dalam longkang sedalam 1.5m.

garisan polis dilarang melintas
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada tubuh badan mangsa.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga emas ditemui maut dipercayai terjatuh ke dalam longkang berdekatan perhentian bas di kawasan perkilangan Ayer Keroh di Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata mayat lelaki berusia 64 tahun itu ditemui seorang pemuda pada 3.30 petang dalam air berkedalaman 0.2m.

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira 1.5m dan mayatnya ditemukan saksi ketika mahu membuang sampah ke dalam tong berdekatan tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada tubuh badan dan hanya terdapat satu luka kecil berukuran lebih kurang 1 inci pada bahagian kiri dahi yang dipercayai akibat kesan terjatuh,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Katanya, mayat itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.