Op Ragada: Kertas siasatan telah siap, kata KPN

Op Ragada: Kertas siasatan telah siap, kata KPN

Razarudin Husain berkata kertas siastana Op Ragada yang membabitkan dakwaan kes pengubahan wang haram akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Inspector-General of Police Razarudin Husain
Semua suspek ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis, menurut Razarudin Husain. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan sebuah syarikat penyiaran di Sarawak, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Razarudin berkata kertas itu akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat, lapor Berita Harian.

Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (KK), 403 KK dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4 (1) Akta 613.

Susulan itu, katanya semua yang ditahan termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat penyiaran dan bekas datuk bandar di antara 10 Jan hingga semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sebarang tangkapan lain mungkin bakal dilakukan sekiranya masih ada individu yang dikesan turut terbabit dalam kes ini.

“Namun ia bergantung kepada siasatan kita,” katanya.

Siasatan menerusi Op Ragada mendapati modus operandi mereka adalah menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan yang mencurigakan.

Kes itu turut membabitkan kesalahan pecah amanah jenayah, tipu tender dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.