
Ibrahim Durum berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam PAS susulan pengumuman setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan, di Parlimen pada 16 Julai.
Beliau berkata pihaknya telah mengutus surat kepada Takiyuddin untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang balasan.
“Pengakuan Adun begitu samar yang mengatakan dirinya ahli PAS dan hanya ini bukti untuk saya (membuat keputusan),” katanya pada sidang DUN Melaka di Seri Negeri.
Dengan perkembangan terbaharu itu, jumlah Adun yang menyokong kerajaan kini 25 manakala pembangkang tiga.
Jailani yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Rembia semasa PRN Melaka pada 2021 dalam pertandingan lima penjuru, dengan majoriti 860 undi.
Pada Julai tahun lepas, Umno menggantung keahlian Jailani selama enam tahun kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap parti dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.