STAR jadi pembangkang DUN Sabah

STAR jadi pembangkang DUN Sabah

Presiden Jeffrey Kitingan berkata parti itu tidak dijemput menyertai kerajaan GRS Plus.

Jeffrey Kitingan sokong Hajiji as ketua menteri
Pada PRN Sabah, STAR menang dua kerusi menerusi Jeffrey Kitingan yang mempertahankan Tambunan dan Mohd Ishak Ayub di Bingkor. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Parti Solidariti Tanah Airku (Star) mengesahkannya berada di blok pembangkang yang akan menumpukan usaha menjalankan semak dan imbang.

Presidennya Jeffrey Kitingan berkata pihaknya tidak dijemput menyertai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus yang turut dianggotai Barisan Nasional (BN), Upko, Pakatan Harapan (PH), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan bebas, lapor NST.

“Maka kami akan memainkan peranan sebagai pembangkang bertanggungjawab. Itu pendirian rasmi kami,” katanya.

Pada PRN Sabah, Sabtu lalu, STAR menang dua kerusi menerusi Kitingan yang mempertahankan Tambunan dan Mohd Ishak Ayub di Bingkor.

GRS menang 29 kerusi yang kemudiannya disokong enam wakil rakyat BN, tiga wakil rakyat Upko, lima bebas, masing-masing seorang wakil rakyat PH serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Pengerusi GRS Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Blok pembangkang bakal diwakili Warisan yang menang 25 kerusi, Star dan satu Perikatan Nasional (PN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.