
Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa), berkata pihaknya berhasrat mengadakan perbincangan menjadikan perkuburan itu sebagai kawasan warisan negara.
Setiausaha Pewasa Law Jing, berkata kumpulan itu merancang mengadakan upacara peringatan tahunan dan ceramah pendidikan bertujuan memupuk persefahaman dan perdamaian bersama dalam kalangan rakyat.
Law berkata, pengiktirafan kawasan berkenaan diperoleh selepas empat tahun diusahakan, susulan kebimbangn ia berkemungkinan dijadikan kawasan letak kereta.
Persatuan dalam kenyataan, berkata Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mengesahkan pelantikan NGO itu dalam surat pada Jumaat (22 Nov), menyatakan kerajaan negeri telah menggazetkan kawasan tersebut, di Mukim Batu, Gombak, sebagai kawasan perkuburan bukan Islam, pada 5 Sept.
Keputusan pengazetan kawasan dicapai selepas 55 tahun rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, yang menyaksikan ratusan dipercayai dibunuh.
Kawasan perkuburan itu terletak di belakang Masjid Jamek Ibnu Sina dan berdekatan Hospital Sungai Buloh. Ia menempatkan 102 batu nisan, majoritinya kaum Cina yang menjadi mangsa rusuhan.
“Ini adalah kawasan dipaparkan dalam filem oleh Chong Kean Aun. Kawasan perkuburan lain terletak di Setapak,” katanya merujuk Tanah Perkuburan Islam Tamban Ibukota, lokasi dikebumikan 12 jenazah Muslim dalam insiden 13 Mei.
Law berkata, Pesawa bercadang bertemu dengan beberapa pegawai kerajaan berkait dua perkuburan Muslim di kawasan Sungai Buloh.