
Rayer sebelum itu bertanya kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, sama ada tindakan akan diambil terhadap Awang kerana membangkitkan isu rusuhan 13 Mei di Parlimen, minggu lalu.
Ahli Parlimen DAP itu berkata, pihak lain sudah tentu dihadapkan ke mahkamah jika membangkitkan insiden kontroversi itu tetapi tiada tindakan diambil terhadap Awang.
Awang kemudiannya mencelah: “Saya rasa Rayer terlibat dengan 13 Mei, sebab itu dia asyik mengganggu (prosedur untuk membangkitkan perkara itu).”
Chong Zhemin (PH–Kampar) kemudian menggesa Ahli Parlimen PAS itu menarik balik kenyataan tersebut sambil mempersoalkan asas tuduhan itu.
Johari kemudaiannya meminta Awang untuk menarik balik kenyataannya terhadap Rayer sebanyak tiga kali, sebelum beliau berbuat demikian.
Johari turut berkata beliau masih menunggu jawapan bertulis daripada Awang berhubung kenyataan rusuhan 13 Mei yang dibuat minggu lalu, walaupun Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu mendakwa belum menerima surat terbabit
Johari menegaskan bahawa beliau telah memberikan tarikh akhir kepada Awang, selepas itu beliau akan membuat keputusan.
Minggu lalu, Rayer mengemukakan usul untuk merujuk Awang ke jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen selepas Ahli Parlimen PAS itu bertanya sama ada kerajaan cuba mencetuskan semula rusuhan 13 Mei.
Awang membuat kenyataan itu ketika membangkitkan isu ketiadaan inisiatif untuk Bumiputera di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).