
Ng Gwan Ho, 27, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berkenaan bagi tujuan seksual di sebuah sekolah renang di Taman Sri Bintang, Sentul, di sini pada 5.40 petang 7 Nov lepas.
Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mendekati mangsa, melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Azlan Shah Abd Razak yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya ialah anak tunggal dan perlu menjaga ibu tidak bekerja.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan kes.