
Beliau berkata masih terdapat wakil rakyat yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan, berbaki 12 hari lagi sebelum tarikh akhir menghantar laporan tersebut.
“Oleh itu saya seru semua Yang Berhormat belum jalani pemeriksaan kesihatan untuk laksanakannya dengan kadar segera.
“Yang Berhormat boleh hubungi pegawai perubatan Parlimen berkenaan maklumat terperinci pemeriksaan kesihatan,” katanya di Dewan Rakyat ketika perbahasan Belanjawan 2025.
Pada 17 Julai lalu, Johari mengumumkan semua Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan, yang membantu dalam mengesan tahap kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan turut dijalankan tahun lalu, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.