
Keputusan berkenaan akan dimaklumkan selepas beberapa aspek dimuktamadkan dalam waktu terdekat.
“Satu mesyuarat lembaga pengarah diadakan semalam untuk membincangkan dan membuat beberapa keputusan demi masa depan Penang FC, ia bagi kepentingan pasukan dan penyokong.
“Keputusan yang diambil ini secara khusus memberi tumpuan untuk mengukuhkan prestasi pasukan dan memulihkan komitmen pemain serta barisan kejurulatihan terhadap kecemerlangan di dalam dan luar padang,” menurut kenyataan.
Pengurusan Penang FC mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh para penyokong meskipun pasukan berkenaan mencatatkan beberapa keputusan perlawanan yang kurang memuaskan.
Prestasi skuad kendalian Ketua Jurulatih Akmal Rizal Ahmad Rakhli hanya memenangi dua daripada 12 perlawanan, termasuk dua kekalahan berturut-turut yang dicatatkan ketika menentang Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC pada Ahad lepas.
Akmal sebelum ini berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan pasukan bagi menentukan nasibnya bersama pasukan terbabit.