
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah fitnah terhadap pasukannya yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun palsu.
“Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah berkenaan, dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISBH adalah tidak benar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Baru-baru ini, tular di TikTok menamakan beberapa pegawai kanan polis yang didakwa melindungi dan menerima wang daripada syarikat itu untuk kegunaan peribadi.
Pada 11 Sept lalu, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH.
Syarikat itu didakwa terlibat kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan doktrin ketaasuban.
Fasa keempat Op Global dijalankan di seluruh Semenanjung semalam turut menemukan beberapa risalah mengandungi elemen bercanggah ajaran Islam serta barang khurafat.