
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata mereka ditahan beberapa jam selepas kejadian.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu, dan polis juga menyiasat motif sebenar insiden serangan tersebut.
“Kedua-dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada polis atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Kejadian pada 4.30 petang itu menyaksikan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati mengenai masalah hutang.
Lelaki berusia 59 tahun yang cedera parah akibat tetakan di kepala disahkan meninggal dunia manakala dua lagi, yang juga cedera parah, dihantar ke Hospital Sungai Bakap.