
PETALING JAYA: Seorang akauntan kerugian hampir RM150,000 akibat terpedaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata wanita berumur 60 tahun itu dijanjikan pulangan pelaburan 20% dalam tempoh singkat.
Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan pulangan lumayan itu, memindahkan wang simpanannya berjumlah RM138,180 ke dua akaun bank mulai 15 hingga 22 Dis lalu.
“Bagaimanapun, mangsa diarahkan membuat pembayaran lagi bagi menuntut keuntungan diperolehinya.
“Mangsa merasa tertipu kerana dalam tempoh pelaburan itu, tidak pernah menerima sebarang keuntungan,” katanya menurut Berita Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.