Pendaftaran Larian Keluarga Malaysia 2024 dilanjut hingga 15 Sept

Pendaftaran Larian Keluarga Malaysia 2024 dilanjut hingga 15 Sept

Penganjur Yayasan Keluarga Malaysia dan Ten Senses (M) Sdn Bhd melanjutkan tarikh pendaftaran susulan permintaan menggalakkan orang ramai.

ismail
Ismail Sabri Yaakob mengajak orang ramai menyertai Larian Keluarga Malaysia di Cyberjaya 29 Sept ini. Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai duta program itu.
PETALING JAYA:
Pendaftaran penyertaan Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 dilanjutkan hingga 15 Sept susulan permintaan menggalakkan orang ramai untuk menyertai program amal itu.

Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) berkata, keputusan melanjutkan pendaftaran yang sebelum ini ditutup pada 7 Sept lalu dibuat bersama penganjur bersama Ten Senses (M) Sdn Bhd.

“Keputusan ini dibuat berikutan masih ada permintaan amat menggalakkan daripada orang ramai untuk mendaftar meskipun pendaftaran LKM 2024 telah ditutup 7 Sept lalu.

“Justeru, YKM ingin menyeru kepada orang ramai untuk tidak melepaskan peluang ini dan segera mengesahkan penyertaan,” katanya dalam kenyataan.

Namun YKM menjelaskan saiz baju adalah terhad.

Tekan di sini  untuk pendaftaran dan maklumat lanjut berhubung LKM 2024.

Peserta berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Axia 1.0, antara hadiah cabutan bertuah menanti peserta LKM 2024 di Persiaran Flora, Cyberjaya, 29 Sept ini.

Hadiah cabutan bertuah ditawarkan khas kepada peserta Larian Keluarga Malaysia 2024.

Turut ditawarkan sebagai hadiah keseluruhannya bernilai RM70,000, termasuk telefon bimbit, pakej percutian, televisyen, basikal, peralatan elektrik dan hamper.

LKM 2024 adalah larian amal bagi mengumpul dana YKM yang memerlukan RM5 juta setahun bagi membantu kira-kira 1,000 anak-anak yatim piatu akibat Covid-19 mendapat pendidikan sempurna dan menjaga kebajikannya.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi YKM dan Duta LKM Khairy Jamaluddin akan memeriahkan program itu selain legenda sukan seperti Santokh Singh, Marina Chin, Zaiton Othman, Noorul Ariffin Abdul Majeed, Zainal Abidin Hassan dan Roslin Hashim.

Program terbahagi kepada tiga kategori iaitu ‘fun run 5km’, ‘race 10km’ dan ‘half marathon 21km’ itu juga bakal menampilkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Goh Liu Ying dan jaguh bina badan Asia Malek Nor.

Yayasan Kebajikan Atlet Negara (Yakeb) menjadi rakan strategik LKM 2024 manakala Free Malaysia Today dan Sinar Harian selaku media rasmi, Hot FM (radio rasmi) dan Keluar Sekejap (audio siar rasmi)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.