
Beliau membentangkan tesis bertajuk ‘Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19’, selaras pengalamannya mentadbir negara ketika wabak itu melanda.
Sesi yang berlangsung di Bilik Viva Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), dipengerusikan Prof Kamarul Azman Khamis, dengan pemeriksa luar Prof Sivamuragan Pandian dan pemeriksa dalaman Prof Madya Nazariah Osman.
Penyelia pertama beliau ialah Prof Rusdi Omar, manakala penyelia kedua dan ketiga masing-masing Prof Madya Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof Madya Jessica Ong.
Bagaimanapun, kelulusan penuh tertakluk kepada keputusan senat universiti.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Ahmad Martadha Mohamed yang menjalankan fungsi naib canselor hadir menyambut ketibaan Ismail.