Bung pejuang setia, kata Ismail Sabri

Bung pejuang setia, kata Ismail Sabri

Bung Moktar Radin tidak berganjak ketika ramai meninggalkan Umno selepas PRU 2018, kongsi bekas naib presiden Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri Yaakob menggambarkan pemergian Bung Moktar Radin sebagai suatu kehilangan.
PETALING JAYA:
Bekas naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, mengangkat Bung Moktar Radin sebagai sahabat dan pejuang parti dengan kesetiaan yang tiada tolok banding.

Ismail yang juga bekas perdana menteri menyifatkan ketua Umno Sabah itu sebagai sahabat seperjuangan yang sangat kental dan tidak mengenal erti lelah.

“Ketika ramai sahabat yang meninggalkan Umno selepas PRU 2018, beliau kekal dan tidak berganjak sedikit pun daripada perjuangannya untuk mempertahankan Umno,” katanya dalam kenyataan.

Ismail menggambarkan pemergian Bung sebagai suatu kehilangan. Selain memimpin Umno Sabah dan BN Sabah, Bung mewakili rakyat DUN Lamag sejak 2020 dan Parlimen Kinabatangan sejak 1999.

“Kehilangan ini bukan sahaja dirasai rakyat Sabah, tetapi seluruh Keluarga Malaysia kerana kita kehilangan seorang tokoh pemimpin yang lantang dan berani untuk membela suara rakyat,” katanya.

Bung, 66, meninggal dunia di Kota Kinabalu, Sabah, pada 1.46 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.