Perodua Axia menanti peserta Larian Keluarga Malaysia 2025

Perodua Axia menanti peserta Larian Keluarga Malaysia 2025

Pengerusi YKM Ismail Sabri Yaakob turut umum motosikal Honda RS-X dan skuter elektrik Felo M One, antara hadiah cabutan bertuah larian itu.

Larian Keluarga Malaysia edisi pertama tahun lalu menarik penyertaan 5,000 peserta dari pelbagai lapisan kaum.
PETALING JAYA:
Peserta Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2025 berpeluang membawa pulang hadiah lumayan termasuk sebuah Perodua Axia, motosikal Honda RS-X dan skuter elektrik Felo M One.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berkata hadiah menarik itu disumbangkan beberapa penaja utama — Perodua, Hajoon Sdn Bhd dan Good Buy E Vehicles Sdn Bhd — bagi menyemarakkan lagi penganjuran acara itu.

Acara memasuki edisi kedua itu akan berlangsung pada 15 Nov di Padang Merbok, Kuala Lumpur, dengan tema ‘berlari sambil menyumbang’.

Menurut Ismail Sabri, LKM diadakan bagi mengumpul dana untuk membantu hampir 1,000 anak-anak yatim jagaan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) yang memerlukan sokongan berterusan.

ISMAIL SABRI
Ismail Sabri Yaakob melihat skuter elektrik Felo M One yang menjadi antara hadiah utama cabutan bertuah Larian Keluarga Malaysia.

Tiga kategori larian ditawarkan — 10km Road Race (RM70), 5km Fun Run (RM50) dan 3km Family Run (RM40) — dengan harga ‘early bird’ sehingga 7 Oktober 2025.

Peserta turut boleh menikmati diskaun tambahan 10% dengan menggunakan kod FMTLKM2025 atau SINARLKM10.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 19 Oktober 2025 dan layari pautan ini untuk mendaftar dan ikuti saluran media sosial Larian Keluarga Malaysia bagi maklumat lanjut.

FMT adalah rakan media rasmi LKM 2025

Beliau turut mengumumkan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin kekal sebagai Duta LKM, manakala pelakon Amelia Henderson kembali menyertai acara itu untuk tahun kedua berturut-turut.

“LKM bukan sekadar acara larian, tetapi simbol perpaduan keluarga besar Malaysia yang bersama membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.