JPN nafi dakwaan cetakan MyKad di China

JPN nafi dakwaan cetakan MyKad di China

JPN menegaskan permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia.

jpn
Jabatan Pendaftaran Negara berkata rakyat Malaysia di luar negara perlu kembali ke tanah air untuk memohon MyKad kali pertama bagi kanak-kanak 12 tahun atau gantian MyKad rosak dan hilang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan tular di TikTok berhubung cetakan kad pengenalan MyKad di Kedutaan Malaysia di China.

Sebaliknya, ia menegaskan permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia.

“Bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara juga perlu kembali ke Malaysia, sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (bagi kanak-kanak 12 tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang,” kata JPN dalam kenyataan.

JPN mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak benar, sebaliknya perlu meneliti berita dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03 8880 7077 atau e-mel [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.