4 ditahan dalam kes merusuh di gelanggang

4 ditahan dalam kes merusuh di gelanggang

Polis bertindak atas laporan, di sebalik video kejadian yang tular.

Bahrin Mohd Noh
Ketua Polis Kluang, Bahrin Noh, umum penahanan empat individu dalam siasatan kes merusuh di sebuah gelanggang. (Gambar Bernama)
KLUANG:
Empat lelaki tempatan ditahan dalam kes merusuh hingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, di sebuah gelanggang bola keranjang di Kluang, Johor.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Noh, berkata polisnya menerima laporan daripada pengadu pada 11.15 pagi, mendakwa dirinya diserang beberapa individu tidak dikenali pada Jumaat sekitar 11 malam.

“Bertindak atas maklumat, hari ini sekitar 1.30 tengah hari, empat suspek berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” lapor Bernama.

Kes disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, menurut kenyataan.

Terdahulu, video berkaitan kejadian berdurasi 45 saat itu tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.