AKPS nafi iklan tular pengambilan veteran ATM

AKPS nafi iklan tular pengambilan veteran ATM

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan pengambilan baharu seperti yang tular di WhatsApp.

AKPS meminta orang ramai khususnya veteran Angkatan Tentera Malaysia supaya tidak terpedaya dengan iklan tidak sahih yang disebarkan itu.
PETALING JAYA:
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menafikan penyebaran iklan berhubung ‘Permohonan AKPS untuk Veteran ATM’ seperti yang tular di aplikasi WhatsApp dan menegaskan ia adalah mesej palsu.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan pengambilan baharu, sambil mengingatkan orang ramai khususnya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terpedaya dengan penyebaran iklan terbabit.

“Tiada sebarang iklan perjawatan secara rasmi dibuka setakat ini.

“Kita memohon agar veteran ATM khususnya tidak terpedaya dengan sebaran maklumat yang tidak sahih ini,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Tambahnya lagi, walaupun kerajaan bersetuju memperuntukkan 220 perjawatan baharu di bawah AKPS dengan keutamaan kepada veteran ATM untuk ditempatkan di pintu masuk negara, seperti dibentangkan pada Belanjawan 2006, namun ia belum dilaksanakan.

“Pelaksanaannya pelaksanaannya masih dalam perbincangan lanjut bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

“Kita memohon semua pihak sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan tepat menerusi media rasmi dan media sosial AKPS dari semasa ke semasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.