Isteri ‘pak cik air balang’ meninggal dunia

Isteri ‘pak cik air balang’ meninggal dunia

Roslina Yusuf yang lumpuh akibat serangan angin ahmar lima tahun lalu meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Ah Yauddin
Ketabahan Ah Yauddin Ahmad menggendong Roslina Yusuf yang lumpuh turun naik rumah pangsa di Meru menyentuh hati orang ramai apabila kisah mereka tular di TikTok.
PETALING JAYA:
Roslina Yusuf isteri kepada peniaga air balang, Ah Yauddin Ahmad – yang tular kerana ketabahannya menjaga pasangannya yang lumpuh itu – meninggal dunia pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Deleted: Roslina, 57, yang lumpuh akibat serangan angin ahmar lima tahun lalu, meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang petang ini.

Berita pemergian Roslina disahkan oleh anak tunggal pasangan itu, Siti Nur Aliah, 21, yang memaklumkan ibunya menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di hospital berkenaan.

Kisah Yauddin, 63, yang tabah menggendong isterinya turun dan naik dari tingkat empat kediaman mereka di Pangsapuri Meru Ehsan di Klang untuk berniaga air balang menyentuh hati orang ramai apabila ia tular di TikTok.

Walaupun berdepan masalah kesihatan termasuk penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis, Yauddin tetap membawa isterinya bersama berniaga air balang di Meru, Klang dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Dalam satu temu bual bersama FMT Ogos lalu, Yauddin berkata beliau tidak sanggup meninggalkan isterinya dijaga orang lain dan lebih tenang berniaga dengan Roslina di sisi.

“Saya dengan dia tak pernah berenggang, memang ada masanya terlintas penat tapi bila fikir sayang pada dia, jadi biarlah kita sama-sama susah,” katanya.

Sejak laporan media termasuk FMT tular, keluarga ini mula menerima perhatian orang awam termasuk pempengaruh dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.