PRK Mahkota: PN Johor serah 6 nama dari PAS, Bersatu

PRK Mahkota: PN Johor serah 6 nama dari PAS, Bersatu

PN Johor serah enam nama daripada pelbagai latar belakang untuk pertimbangan pucuk pimpinan.

PN SUPPORTERS
Naib Pengerusi PN Johor Abdullah Husin nafi PAS dan Bersatu berebut DUN Mahkota. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) Johor serah enam nama kepada pimpinan pusat untuk PRK DUN Mahkota bulan depan.

Naib Pengerusi Abdullah Husin berkata enam calon itu tiga dari PAS dan tiga dari Bersatu.

“PAS dan Bersatu tak berebut kerusi, cuma hantar senarai untuk dipertimbang sahaja. Lepas dimuktamad semua akan kerja menangkan calon PN,” katanya.

Abdullah berkata calon adalah anak tempatan daripada pelbagai latar belakang.

“kita pelbagai. Ada anak muda, profesional,” katanya.

Di pihak lawan, Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussein Syed Abdullah antara disebut akan diangkat sebagai calon kerajaan perpaduan.

Dua calon lain disebut-sebut ialah Naib Ketua Wanita Umno Kluang, Zainani Jamaluddin; dan Ketua Umno Kluang Jais Sarday yang juga bekas Adun kawasan itu selama dua penggal.

PRK Mahkota akan diadakan 28 Sept susulan kematian penyandang, Sharifah Azizah Syed Zain, daripada BN pada 2 Ogos lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.