3 pusat undi awal PRK Mahkota dibuka

3 pusat undi awal PRK Mahkota dibuka

Tiga pusat pengundian itu ialah Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis IPD Kluang dan SK Sultan Sir Ibrahim.

Proses pengundian awal PRK Mahkota yang melibatkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis akan berlangsung sehingga 5 petang ini. (Gambar Bernama)
KLUANG:
Tiga pusat pengundian awal bagi PRK Mahkota dibuka serentak pada 8 pagi tadi.

Tiga pusat pengundian itu ialah Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis IPD Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim di sini.

Proses pengundian awal yang melibatkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis akan berlangsung sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di bandar Kluang adalah baik pada sebelah pagi manakala ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota memiliki 66,318 pengundi berdaftar dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.