Bekas pengurus pemasaran didakwa 26 pertuduhan tipu babit RM6.2 juta

Bekas pengurus pemasaran didakwa 26 pertuduhan tipu babit RM6.2 juta

Mok Chuang Leon, 36, didakwa menipu dan perdaya kerani di syarikat tempatnya bekerja dengan kemuka penyata jualan kelapa sawit tidak benar.

gavel
Tertuduh dibenar ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan sebutan semula dan pengurusan kes dijadual pada Oktober ini. (Gambar Reuters)
TAWAU:
Bekas pengurus pemasaran sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas 26 pertuduhan menipu membabitkan wang keseluruhan RM6.2 juta, sejak tahun lalu.

Mok Chuang Leon, 36, didakwa menipu dan memperdaya kerani di syarikat tempatnya bekerja untuk menyerahkan wang berkenaan dengan mengemukakan penyata jualan buah kelapa sawit tidak benar oleh dua syarikat, antara Februari tahun 2023 hingga Februari tahun ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Perdana Square Commercial Centre, Batu 3 1/2 Jalan Apas, Tawau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Don Stiwin Malanjum membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin serta menetapkan 8 dan 10 Okt ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jeffery Kadisun, manakala tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.