
Sekretariat itu berkata, bilangan itu akan ditangani di bawah fasa dua program menoktahkan miskin tegar di Sabah.
“(Sebelum ini) tidak berdaftar dan perubahan status miskin kepada miskin tegar. Bilangan ini akan ditangani di bawah fasa dua program menoktahkan miskin tegar negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan.
Menurut sekretariat itu, kerajaan negeri akan mengumumkan data ‘locked figure’ (LF) atau sasaran bilangan yang baharu pada penghujung tahun ini.
Pada 13 Sept 2023, kerajaan negeri telah mempertanggungjawabkan pihak sekretariat bagi pelaksanaan intervensi bantuan menyelesaikan bilangan sasaran miskin tegar kepada 22,510 KIR.
Pengiraan pendapatan garis kemiskinan (PGK) 2022 miskin tegar bagi Sabah adalah RM1,218 bagi isi rumah dan RM288 per kapita.
Semalam, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengumumkan miskin tegar di negeri itu berjaya dihapuskan akhir bulan lalu.
Katanya, kejayaan itu dicapai selaras aspirasi kerajaan Madani dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 (2021-2025), selain kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan masalah miskin tegar di Sabah akan diselesaikan sebelum akhir Julai tahun ini, menerusi usaha dilaksanakan hasil kerjasama erat kerajaan persekutuan dan negeri.