Cuti umum bertindih, tiada gantian automatik pada 17 Sept

Cuti umum bertindih, tiada gantian automatik pada 17 Sept

Hari kelepasan am Maulidur Rasul dan Hari Malaysia masing-masing jatuh pada 16 Sept.

kl skyline
Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.
KUALA LUMPUR:
Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja 17 Sept depan walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am Maulidur Rasul dan Hari Malaysia, masing-masing pada 16 Sept.

Menurut pengumuman di laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

“Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu,” menurut pengumuman itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.