
Seramai 30 pelajar SMK Teknik Tunku Abdul Rahman Putra yang mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan di kantin tersebut pada Jumaat lepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan Klinik Kesihatan Penaga, tambahnya.
“Kesemua kes stabil dan tiada kemasukan ke wad,” katanya menambah, seramai 496 pelajar dan dua warden terdedah kepada punca keracunan makanan itu
Jabatan itu berkata, siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut untuk mengenal pasti punca kejadian.
Dapur kantin asrama tersebut juga telah ditutup bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, tambahnya.
“Sampel makanan, sampel pengendali serta sampel persekitaran telah diambil untuk tujuan analisis di makmal dan masih menunggu keputusan analisis,” katanya.