Pelajar dakwa dibuli, dicekik, dipaksa menari ‘wadidaw’

Pelajar dakwa dibuli, dicekik, dipaksa menari ‘wadidaw’

Polis berkata, kejadian itu kini dalam siasatan selepas laporan diterima daripada bapa mangsa.

buli-abuse
Ketua Polis Bera Zulkiflee Nazir berkata, polis menyiasat dakwaan buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah asrama di daerah itu baru-baru ini. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Polis menyiasat satu kejadian buli membabitkan pelajar sebuah sekolah berasrama di Bera, Pahang, yang didakwa dipaksa menari tarian tular ‘wadidaw’ dan dicekik pelajar senior.

Ketua Polis Bera Zulkiflee Nazir berkata, polis membuka kertas siasatan selepas bapa mangsa membuat laporan mengenai kejadian menimpa anaknya itu semalam.

Menurut Zulkiflee, kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga dipanggil berkumpul atas arahan warden bagi tujuan pemeriksaan bilik.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati lima pelajar telah mengambil alih sesi tersebut dan bertindak membuli mangsa dengan memaksanya menari ‘wadidaw’.

“Mangsa juga mendakwa telah dicekik oleh salah seorang pelajar terlibat kerana berambut panjang,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Zulkiflee berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan bekerjasama rapat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bera bagi membanteras gejala buli dalam kalangan pelajar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.