
Razarudin berkata polis ketika ini terpaksa menggunakan peruntukan undang-undang yang berbeza dalam menangani kes berkenaan seperti Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
“Apabila membabitkan kes peras ugut dan ugutan, polis akan melakukan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan apabila melibatkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman serta ayat jelik, kes itu disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, beliau mengadakan pertemuan bersama dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.
Dalam pertemuan itu, dua jabatan dalam iaitu Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial turut hadir bagi memperincikan perkara berkenaan.
Semalam, Fahmi berkata dalam usaha menangani masalah buli siber di platform media sosial, Kementerian Komunikasi akan meneliti undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia selain undang-undang lain yang berkaitan.
Kerajaan juga akan meneliti jika terdapat keperluan bagi mewujudkan atau menggubal akta baharu khusus untuk buli siber.