Lelaki cedera parah, dipercayai ditetak adik

Lelaki cedera parah, dipercayai ditetak adik

Seorang lelaki cedera parah pada bahagian kepala dipercayai ditetak dengan parang.

Ketua Polis Manjung, Hasbullah Abd Rahman, umum penahanan seorang suspek selepas seorang lelaki cedera parah dipercayai ditetak dengan parang. (Gambar Facebook)
IPOH:
Seorang lelaki mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dipercayai ditetak adik sendiri menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Ayer Tawar, Manjung.

Ketua Polis Manjung, Hasbullah Abd Rahman, berkata mangsa berusia 56 tahun sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

Polis menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 1.30 petang daripada orang awam memaklumkan kejadian pergaduhan adik-beradik.

“Siasatan pihak polis dapati mangsa adalah abang kepada suspek dan tinggal serumah dengan suspek sekeluarga,” menurut kenyataan.

“Punca pergaduhan disebabkan oleh suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menendang pintu bilik air ketika anak perempuannya masih berada di dalam bilik air itu.”

Hasil siasatan lanjut, polis menahan suspek berusia 49 tahun dan merampas sebilah parang disyaki senjata digunakan lelaki berkenaan pada 1.55 petang tadi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.