
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata kejadian kira-kira 11 malam itu melibatkan seorang suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan kereta dan terkena bahagian hadapan mangsa berusia 34 tahun.
”Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan ada kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
Shazeli memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Aminuddin Mahadi di talian 013 2104006 atau bilik gerakan IPD Klang Selatan di talian 03 33762222.
Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan cedera dipercayai akibat ditembak, sedang diusung oleh petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan.