Wanita maut dipercayai dipukul suami

Wanita maut dipercayai dipukul suami

Polis turut menemukan barang kes yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu antaranya pisau dan 'lower arm' kereta.

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul isterinya hingga mati dalam satu kejadian di sebuah rumah ini Kampung Simee di Ipoh, Perak. (Gambar Bernama)
IPOH:
Seorang wanita maut dipercayai selepas dipukul oleh suaminya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Simee di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri yang mengesahkan kejadian itu berkata kes tersebut masih dalam siasatan oleh polis Ipoh.

“Saya sahkan kejadian itu, siasatan penuh nanti saya akan minta daripada ketua polis Ipoh sebab mereka sedang kumpulkan semua bukti, masih dalam siasatan lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis turut menemukan barangan kes yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian jenayah itu antaranya pisau dan ‘lower arm’ kereta.

Yusri juga mengesahkan suspek yang juga suami mangsa ditahan.

Difahamkan kejadian itu dikatakan bermula daripada pertengkaran antara wanita itu dan suaminya sebelum suspek bertindak memukul mangsa.

Wanita itu juga dipercayai sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.